Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /var/www/puspanita.mestecc.gov.my/wp-content/themes/hueman-pro/addons/pro/wfc/wordpress-font-customizer.php on line 521

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /var/www/puspanita.mestecc.gov.my/wp-content/themes/hueman-pro/addons/pro/infinite/infinite-scroll/class_infinite.php on line 243
Soalan Lazim – PUSPANITA MESTECC

Soalan Lazim

Soalan lazim beserta jawapan sedang dikemaskini

  1. Bagaimana untuk menyertai / mendaftar keahlian seumur hidup (ASH) PUSPANITA?

Jawapan:

  •  Muat turun Borang keahlian PUSPANITA di pautan http://puspanita.mestecc.gov.my/muat-turun
  •  Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Keahlian dan di kemukakan kepada Setiausaha Cawangan Kecil masing-masing seperti berikut:
      1. Ibu Pejabat

Setiausaha: Puan Anita Binti Atan
E-mel: aba@mestecc.gov.my

      1. Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)

Setiausaha: Puan Khoirun Nadia Binti Zainol
E-mel: khoirunnadia@remotesensing.gov.my

      1. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Setiausaha: Puan Norhasfalina Binti Saidin
E-mel: hasfalina@aelb.gov.my

      1. Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD)

Setiausaha: Puan Jah Salmihani Binti Mansor
E-mel: jah@met.gov.my

      1. Jabatan Standard Malaysia

Setiausaha: Puan Azlinda Binti Zakaria
E-mel: linda@jsm.gov.my

      1. Agensi Nuklear Malaysia

Setiausaha: Puan Normazlin Binti Ismail
E-mel: normazlin@nuclearmalaysia.gov.my

      1. Jabatan Kimia Malaysia

Setiausaha: Puan Rozana Binti Ayub
E-mel: rozana@kimia.gov.my

      1. Agensi Angkasa Malaysia

Setiausaha: Puan Dasimah Binti Zainal
E-mel: dasimah@angkasa.gov.my

Borang Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja;

  • Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam;
  • Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma; dan
  • Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00

2. Siapa yang boleh menyertai / mendaftar keahlian seumur hidup (ASH) PUSPANITA?

Jawapan:

Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) adalah terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam.

3. Apakah kelebihan atau kemudahan jika saya ahli puspanita seumur hidup?

Jawapan:

Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antaran 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat.

Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan.

Semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam yang mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup jugak layak menyertai pelbagai program/aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA MESTECC dan PUSPANITA Kebangsaan.

4. Adakah suri rumah kepada penjawat Awam layak menyertai atau mendaftar ahli PUSPANITA?

Jawapan:

Ya, suri rumah kepada penjawat Awam jugak layak menyertai atau mendaftar sebagai ahli PUSPANITA dan boleh menyertai program/aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA MESTECC dan PUSPANITA Kebangsaan.

5. Bagaimana cara untuk mendapatkan sumbangan kewangan dan peralatan perubatan melalui Tabung PUSPADARA PUSPANITA (TPP)?

Jawapan:

Salah satu matlamat penubuhan Tabung PUSPADARA PUSPANITA (TPP) adalah untuk membantu ahli-ahli PUSPANITA yang menghidap penyakit seperti mana yang digariskan dalam Undang-Undang TPP dan Perlembagaan PUSPANITA.

Sehubungan itu, PUSPANITA Kebangsaan melalui TPP, memberikan pelbagai sumbangan dari segi kewangan dan peralatan perubatan bagi ahli-ahli PUSPANITA yang memerlukan. Syarat-syarat permohonan sumbangan kewangan dan peralatan perubatan adalah seperti berikut:

  •    Pemohon hendaklah terdiri daripada ahli PUSPANITA. Keutamaan akan diberikan kepada Ahli Seumur Hidup.
  •    Bagi ahli yang sudah berkahwin, permohonan bagi ahli keluarga iaitu suami dan anak-anak yang berumur kurang dari 21 tahun layak dipertimbangkan.
  •    Bagi ahli yang belum berkahwin, permohonan boleh dipertimbangkan bagi ibu dan bapa sahaja.
  •    Selain mengisi Borang TPP A/2016, permohonan juga perlu disertakan dengan laporan perubatan yang lengkap & terkini daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan atau swasta dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
  •    Sumbangan juga boleh diberikan kepada pesakit yang baharu sahaja meninggal dunia. Walau bagaimanapun, penyakit yang dihidapi mestilah penyakit yang disenaraikan di bawah TPP dan tertakluk kepada pertimbangan.
  •    Sumbangan kewangan akan diberikan kepada pemohon (ahli) sekali seumur hidup dan pemohon mestilah membuat pengakuan di borang permohonan sama ada pernah menerima sumbangan daripada TPP sebelum ini.
  •    Semua permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui cawangan PUSPANITA Kementerian/Negeri/Daerah serta mendapat pengesahan dan sokongan Pengerusi/Setiausaha cawangan sebelum dihantar kepada Urus setia TPP.

Nota : Semua kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Jawatankuasa TPP dan kedudukan semasa kewangan TPP serta PUSPANITA Kebangsaan.

Bagi permohonan Sumbangan Peralatan Perubatan TPP pula, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  • Borang TPP B
  • Salinan K/P pemohon
  • Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan

Nota : Ahli PUSPANITA masih boleh memohon sumbangan peralatan perubatan sekiranya pernah mendapat sumbangan sebelum ini.