Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /var/www/puspanita.mestecc.gov.my/wp-content/themes/hueman-pro/addons/pro/wfc/wordpress-font-customizer.php on line 521

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /var/www/puspanita.mestecc.gov.my/wp-content/themes/hueman-pro/addons/pro/infinite/infinite-scroll/class_infinite.php on line 243
Perutusan Pengerusi – PUSPANITA MESTECC

Perutusan Pengerusi

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah saya bersyukur dan merafakkan ucapan setinggi harapan serta doa ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahnya dapat saya bersama- sama anggota Perkhidmatan Awam wanita serta para isteri anggota Perkhidmatan Awam mestecc. Sesungguhnya dengan penglibatan ini dapat menyemarakkan hubungan muhibah dan menyatupadukan semua ahli PUSPANITA Cawangan mestecc di semua peringkat perkhidmatan.

Saya berharap kesungguhan dan kerjasama yang jitu para ahli ,ketua biro- biro dan AJK dalam PUSPANITA MESTECC dapat diteruskan untuk membantu bangsa negara yang berdaulat dan bermaruah. Sewajarnya marilah kita bersama-sama mengalakkan dan melibatkan diri, khususnya dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan demi mencapai matlamat PUSPANITA. Keprihatinan dan kebajikan wanita sentiasa diberi keutamaan demi mencapai keunggulan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Akhir kata, saya berharap dan berdoa agar ahli-ahli dan para biro akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek seiring bersama PUSPANITA Cawangan mestecc.
Sekian wassalam.

‘Wanita Sepakat Negara Meningkat’

Y.Bhg. Datin Seri Noorizan Abu Bakar
Pengerusi PUSPANITA MESTECC